Black tuh bermaksud kulit aku dah gelap lol. :(
Biasalah, budak PLKN kan. Haiya, wa banyak penatlah. Plkn nih memang best tapi banyak sangatlah aktiviti dia sampai nak baring atas katil kejap pada waktu siang hari pun tak boleh kot. Sebulan baru je berlalu, okaylah sebab sebelum baru dok dalam kelas baru. Aktiviti fizikal belum laga. Nih pun balik cuti tahun baru cina. 5 hari je dapat rehat kejap. Lepas ni bermulanya aktiviti fizikal aku tuh. Contohnya kawad, bertempur, bersenjata, berkayak & masuk hutan. Penat-penat. And makin gelaplah kulit aku nih nanti.
Aku dapat ramai kawan kat sana. Best sebab berbilang kaum ada lah. Haha, aku dah cakap cina kembali sama budak cina yang ada dekat kem tuh. Nasib ada yang 1 sekolah dengan aku dulu dekat kem tuh. Atleast ada jugak yang sekolah sama dengan aku. Aku just demam minggu kedua tuh jela, demam panas teruk sampai ambil darah. Nasib budak dorm tolong. Sayang korang. :D
Dalam kelas aku belajar tentang pembinaan karakter iaitu SAYA. Wahh, bestlah dengan aktiviti yang disediakan oleh kem. Then aku belajar macam-macam tepuk. Seperti tepuk-tepuk sayang, tepuk-tepuk terima kasih. Makan kira okaylah, kalau banyak komplen nanti tak boleh jugak sebab kalau tak tak makanlah aku. :)
Balik hari rabu amirah yahya tong ambil aku dekat stadium sama kawan-kawan dia. Ayah aku tak dapat ambil pun, thanks mira :)
Semalam jumpa sama megat & aina salih yang berubah mukanya jugak sebab dapat PLKN jugak. Yang lain jumpa syaza, perd, aisyah & fitri yang dah lama gila tak jumpa tuh. Semalam lepak Jj je lah. bestlah dapat kongsi pengalaman aku sama mereka. Macam-macam diceritanya. Biasalah dah sebulan tak jumpa kot. Lepas nih sebulan 15 hari macam tak kan jumpa.
Family pulak bestnya sebab layan aku macam anak emas, nak makan apa-apa pun bolehlah. :) Sayang ayah & mama lah. <3
Hopefully korang jaga diri korang baik-baik. Ayah & mama pun jaga diri yea. Syang semua orang yang dapat jumpa pada cuti nih. Hati gembira lepas masuk penjara tuh. :)
P/s: Take care of yourself :)
No comments:
Post a Comment