Friday 3 February 2012

Ilmu

Okay, aku nak cerita sikit pasal ilmu. Aku ni takdelah pandai mana, masih banyak ilmu yang perlu aku cari sama adadi rumah, sekolah ataupun dimana mana sahaja yang aku berada. Ilmu tu penting untuk kita terus hidup & wajib dituntut menurut agama Islam. Ilmu jugak penting untuk kita tuntut supaya kita tidak diperbodohkan oleh orang yang lebih berpengatahuan *okay, orang macam tu jangan kawan.

Kisahnya tadi time aku ada kelas Programming Principles dengan Puan Mageswary. Meja dekat kelas tu boleh duduk ber-partner-partner sahaja. Memandangkan kelas aku ada 33 orang, so mestilah ada seorang tu duduk seorang kan. Dan cantiklah orangnya tu adalah aku. Kesian kan aku. Siapalah nak berkawan dengan aku ni.

Then time tu kuiz, aku tak kisahlah sangat sebab bukan boleh mintak tolong kengkawan pun. Ingatkan lepas kuiz tu bolehlah balik,Puan nak bagi latihan pulak lepas tu. Aku tak tahu nak jawab latihan tu sebabnya aku tak datang kelas dia khamis lepas sebab demam. Okay, aku pun dungulah time tu sambil tercari-cari budak yang boleh mintak tolong ajarkan. Kejadian yang berlaku selama 10minit ni cepat je budak budak kelas aku dah siap latihan tu then terus ke meja puan untuk check jawapannya.Aku pun time tu tak tahu siapa yang boleh aku mintak tolongkan sampailah aku pusing ke belakang & mintak tolong sama rakan kelas aku, Azizah.

Dia tolonglah aku jugak tapi aku tak nak lah menyusahkan dia sedangkan aku pun tak berapa rapat dengan dia. Lepas tu aku pergi ke meja Aqilah. Kawan dia sudi pulak suruh aku meniru jawapan dia tu. Aku rasa serba salah tapi sebab aku kesiankan diri aku sendiri ni jugak aku tergerak hati untuk menirunya. Adalah sikit jawapan aku tak tiru untuk try buat sendiri dekat meja aku sendiri. Time tengah buat tu, ada budak yang rapat dengan aku dulu dah siap dan boleh lagi usha aku buat dalam keadaan kelam kabutnya. Cuba bayangkanlah kalau time balik, memang taklah depe nak usha aku. Mestilah terus bla je kan. Dalam hati aku time tu dah terasa gilanya, sakit hati gilanya. Sabar je lah weyh.

Lepas tu aku update dekat BBM, lupa pulak azizah tu ada add contact dengan aku dalam BBM. Memang dia baca and terus tanya lah aku kenapa. Nasib dia tak terasa pape pun. Hmmmm.....
Terima kasih aku ucapkan dekat kawan aku yang menolong. Semoga korang dipermudahkan kerja korang ye. :)


P/s : Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Thursday 2 February 2012

My Room Mate

Hey Ho ! nak cerita pasal room mate aku je ni. Aku dah stay rumah sewa then ada room mate aku ni yg pendiam. Dia pun aku tak kenal pun sebelum ni mcm mana aku kenal house mate aku yg semuanya dari satu sekolah. Nama dia Nurzhafarina. Panggil Ina je. Dia budak sem dua kos Elektrik (komputer). Dia dari Pulau Pinang, dia antara budak yg stay paling jauh lah kiranya.
Aku terus terang aku suka kat dia. Aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri walaupun aku sendiri tak de kakak. Yela, dia pun nampak mature gila. Lawa pun lawa lah bagi aku. Dia ni freehair dekat luar, tapi dia pandai pakai pashmina. Dia ajar aku macam mana nak pakai tudung specially tudung yg trend sekarang ni. Dia jenis pendiam tak banyak cakap. Tapi jenis aktif dengan Handphone dia. Setiap hari aku mesti dengar ringtone mesej dia tu. Kadang-kadang runsing jugak aku tapi tak kisahlah asalkan dia tak ganggu hidup aku sudah. Yang aku hairankannya dia takde Bf,tapi handphone asyik bunyi je. Haihhh, untunglah daripada aku ni. Senyapje Handphone aku ni.
Satu lagi tabiat dia ni kalau esoknya ada kelas dia mesti akan bangun awal 5.30pagi untuk mandi then tidur balik sampailah pukul 7.30pagi. Hahaha, aku suka perli dia "harap je bangun tapi sarapan tak boleh buat" HAHAHA:D
Aku sukalah dapat room matemacam dia ni, jenis tak masuk campur hal aku melainkan tanya khabar aku kalau aku moody. Haihh, bestnya kan kalau dapat kakak macam dia.

P/s : Room Mate (Nurzhafarina) :)

Hello February

Okay, January dah habis & banyak bendaaku dah lalui Bulan February baru je bermula, harap aku dapat tempuhi. Sekarang aku dah tinggal dengan rakan rakan serumah aku - rumah sewa. Harini dapat online sampai tengah malam bukan sebab kami dah beli WIFI, tapi act dapat hack password wifi rumah orang lain. Bestlah kan free je, haha. Terer jugak my dad buat kan semua ni.

Okay done about my new house. About my class pulak, nak intro macam mana erkk. Okay, 1st kawan aku kenal dekat class aku tu namanya Harira. Dia tua aku setahun lahh. Tapi style. Suka gaya dia, sempoi. Btw, dia Penolong Kelas. So, advantage lah bagi dia tapi ada responsibility dia lah. Dia pernah dengan aku tak puas hati dengan seorang minah S.A.ni. Sebabnya perangai dia kot. Then dia boleh pulak perli aku pergi karok, dia macam tak percaya. Maybe sebab dia nampak aku macam selenga kot. Aku ni mana reti pakai tudung. Bila pakai tudung pun orang dah aku "Najwa Latiff" sebabnya aku ni ada sikit rupa macam Najwa Letihh tu. Dah dah, back to the topic, okay nama minah yang kita orang tak puas hati tu Aqilah namanya. Yang bestnya, lepas aku dah berkawan baik dengan Harira then gaduh dengan Aqilah tu. Lepas gaduh tu, aku berkawan baik pulak dengan aqilah tu sebabnya kita orang satu kepala.

Aku tak tahulah,aku nak berkawan dengan Harira & Aqilah ni,tapi rasanya macam i had to choose one of them. So, nowdays aku baik dengan Aqilah bcoz dia selalu memahami aku lah kiranya. Dia pun jenis sekepala yang kaw kaw masuknya dengan aku. Yang aku rasa serba salahnya pasal Harira. Aku bukannya tak nak kawan dengan dia, tapi dia pun rapat dengan kawan kamsis dia. Btw, dia budak kamsis aku ni budak luar. Terasa terasing gila bila aku join dia and the geng. Haihhh,:(
Selain aku rapat dengan aqilah, aku rapat dengan ikram & kecik.
.
Aku berharap sangat yang aku boleh masuk & berkawan dengan dengan semua budak kelas aku. Berharap sangat ni. Walauapa pun aku harus fokus pada pelajaran dahulu. :)

P/s : Thanks to all my class mate for the friendship.