Friday 3 February 2012

Ilmu

Okay, aku nak cerita sikit pasal ilmu. Aku ni takdelah pandai mana, masih banyak ilmu yang perlu aku cari sama adadi rumah, sekolah ataupun dimana mana sahaja yang aku berada. Ilmu tu penting untuk kita terus hidup & wajib dituntut menurut agama Islam. Ilmu jugak penting untuk kita tuntut supaya kita tidak diperbodohkan oleh orang yang lebih berpengatahuan *okay, orang macam tu jangan kawan.

Kisahnya tadi time aku ada kelas Programming Principles dengan Puan Mageswary. Meja dekat kelas tu boleh duduk ber-partner-partner sahaja. Memandangkan kelas aku ada 33 orang, so mestilah ada seorang tu duduk seorang kan. Dan cantiklah orangnya tu adalah aku. Kesian kan aku. Siapalah nak berkawan dengan aku ni.

Then time tu kuiz, aku tak kisahlah sangat sebab bukan boleh mintak tolong kengkawan pun. Ingatkan lepas kuiz tu bolehlah balik,Puan nak bagi latihan pulak lepas tu. Aku tak tahu nak jawab latihan tu sebabnya aku tak datang kelas dia khamis lepas sebab demam. Okay, aku pun dungulah time tu sambil tercari-cari budak yang boleh mintak tolong ajarkan. Kejadian yang berlaku selama 10minit ni cepat je budak budak kelas aku dah siap latihan tu then terus ke meja puan untuk check jawapannya.Aku pun time tu tak tahu siapa yang boleh aku mintak tolongkan sampailah aku pusing ke belakang & mintak tolong sama rakan kelas aku, Azizah.

Dia tolonglah aku jugak tapi aku tak nak lah menyusahkan dia sedangkan aku pun tak berapa rapat dengan dia. Lepas tu aku pergi ke meja Aqilah. Kawan dia sudi pulak suruh aku meniru jawapan dia tu. Aku rasa serba salah tapi sebab aku kesiankan diri aku sendiri ni jugak aku tergerak hati untuk menirunya. Adalah sikit jawapan aku tak tiru untuk try buat sendiri dekat meja aku sendiri. Time tengah buat tu, ada budak yang rapat dengan aku dulu dah siap dan boleh lagi usha aku buat dalam keadaan kelam kabutnya. Cuba bayangkanlah kalau time balik, memang taklah depe nak usha aku. Mestilah terus bla je kan. Dalam hati aku time tu dah terasa gilanya, sakit hati gilanya. Sabar je lah weyh.

Lepas tu aku update dekat BBM, lupa pulak azizah tu ada add contact dengan aku dalam BBM. Memang dia baca and terus tanya lah aku kenapa. Nasib dia tak terasa pape pun. Hmmmm.....
Terima kasih aku ucapkan dekat kawan aku yang menolong. Semoga korang dipermudahkan kerja korang ye. :)


P/s : Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

No comments:

Post a Comment